top of page
3 isi penting
buku-juknis-kemitraan-sekolah-dan-masyarakat-dari-kemdikbud.jpg

 Masyarakat

  • Definisi Masyarakat

Masyarakat dapat dijelaskan sebagai sekumpulan individu  yang menetap bersama dan kerap berhubung yang kemudiannya membentuk hubungan antara pelbagai manusia. Menurut Kamus Online DBP (2017), definisi masyarakat ialah satu komuniti manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan cara tertentu. Dalam konteks kajian ini, masyarakat merujuk kepada sekumpulan individu yang berada di luar sekolah termasuk ibu bapa, jawatankuasa seperti polis, bomba, JKKK (jawatankuasa ketua kampung), media massa serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 

 

  •  Peranan Masyarakat

Pendidikan dan masyarakat saling bergantung di antara satu sama lain bagi membangunkan pendidikan negara. Hal ini demikian kerana, jika tiada penglibatan dari masyarakat setempat, sektor pendidikan mungkin terpaksa meminta bantuan dari negara yang jauh lebih maju pendidikannya. Justeru itu, peranan masyarakat dalam pendidikan sememangnya penting bagi kebaikan segenap rakyat.

 

 Antara peranannya ialah membantu melaksanakan segala aktiviti dan program dengan memberi khidmat kepada pihak sekolah. Penglibatan daripada pengawal keselamatan sekolah, jawatankuasa seperti polis, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dapat melicinkan perjalanan aktiviti yang dijalankan sekolah. Mereka juga dapat memelihara keselamatan semasa program berlangsung mahupun ketika sesi PdP berjalan seperti biasa. Selepas itu, jawatankuasa yang terlibat dapat mencadangkan langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat bagi meningkatkan keselamatan semua.

 

Tambahan pula, masyarakat berperanan membantu pihak sekolah menangani gejala sosial dalam kalangan murid secara lebih efektif. Bermula daripada ibu bapa hingga ke masyarakat yang berada sekeliling murid, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam menangani hal ini. Pada era globalisasi ini, pelbagai masalah disiplin dan gejala sosial yang berleluasa dalam kalangan murid sekolah. Menjadi tanggungjawab masyarakat setempat untuk kekal peka dengan persekitaran mereka dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Contohnya, melaporkan kepada guru kelas atau kepada pihak polis.  

 

 PIBG

  • Definisi PIBG

Berdasarkan Akta Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah  diperkenalkan di semua sekolah  kerajaan. Ini bertujuan bagi membolehkan matlamat mutu pengajaran dan pembelajaran dapat direalisasikan dengan kerjasama yang baik antara ibubapa dan pihak guru.  

 

  • Peranan PIBG

Pertama, membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi murid dan memelihara kebaikan mereka. Misalnya, dengan mengadakan mesyuarat bulanan atau tahunan PIBG untuk membicarakan hal  berkaitan kemajuan akademik dan kokurikulum murid. Seterusnya, PIBG turut  bertanggungjawab dalam sumber kewangan bagi pihak sekolah. Kebiasaannya, terdapat tabung kutipan PIBG bagi tujuan menambah baik fasiliti sekolah atau kebajikan murid. Selain itu, PIBG juga merupakan perunding dalam pencapaian pendidikan dan kokurikulum murid dengan guru sekolah. Mereka akan berganding bahu dengan pihak sekolah dengan saling bertukar idea bagi memajukan prestasi murid serta sekolah.

SEKOALH.PNG

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial di mana sekolah itu sifatnya tidak boleh wujud bersendirian. Dalam pentadbiran sekolah, guru besar atau pengetua kebiasaannya akan dibantu oleh guru. PIBG secara lazimnya dipengerusikan oleh wakil dari ibu bapa. Kebiasaan calon pengerusi tersebut dipilih atas dasar kelebihannya yang boleh memimpin dengan baik.  Muafakat dan kerjasama diperlukan dari kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dengan pihak luar sekolah untuk mengatasi masalah yang ada. Antara pihak utama yang sering terlibat dalam perihal ini ialah ibu bapa serta masyarakat. Mengenangkan matlamat sekolah adalah untuk mencapai akademik, maka terdapat pelbagai bantuan yang boleh dihulur oleh pihak luar sekolah. Sebagai contoh, masyarakat atau ibu bapa boleh menyumbang wang untuk pembiayaan aktiviti kelas malam atau kelas tuisyen bagi meningkatkan lagi mutu kualiti akademik serta prestasi murid-murid. 

 

  • Bentuk Jalinan 3 Dimensi Interaksi Sekolah 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

Rajah di atas menunjukkan pihak yang terlibat dalam bentuk jalinan 3 dimensi interaksi sekolah. Terdapat 3 pihak dalam sekolah yang terlibat secara langsung dalam jalinan interaksi iaitu pihak pentadbir, guru serta murid-murid. Manakala tiga dimensi interaksi dengan pihak luar sekolah pula melibatkan pihak sekolah, ibu bapa, serta komuniti dan masyarakat. Faktor luar sekolah dan dalam sekolah ini mempunyai perkaitan yang jelas.

3 DIMENSI.PNG

Terdapat beberapa faktor dalaman utama yang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi beberapa perkara berkaitan sekolah. Pertama sekali, faktor gaya kepimpinan. Gaya kepimpinan yang berkesan dapat membantu dalam mencapai matlamat asal sesebuah sekolah itu bukan sahaja dari aspek akademik malah sahsiah dan tingkah laku. Gaya Kepimpinan mempunyai 4 jenis iaitu Autokratik, Demokratik, Laissez faire dan Kontingensi.Setiap jenis kepimpinan ini mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Kepimpinan yang berkesan juga boleh mewujudkan peserkitaran yang baik kepada guru-guru dan murid-murid. Hal ini dapat dibuktikan melalui kepimpinan seseorang pengetua sekolah itu yang berjaya mewujudkan persekitaran yang kondusif yang menyokong peningkatan produktiviti dalam kalangan guru serta murid-murid. Gaya kepimpinan bukan terletak pada pengetua sahaja. Malah gaya kepimpinan guru juga terlibat sekali. Hal ini kerana ada pelajar perlu dipimpin dengan gaya demokratik dan setengah pelajar perlu dipimpin dengan gaya autokratik. Oleh itu, guru perlu bijak dalam memilih gaya kepimpinan yang paling sesuai dengan pelajar serta situasi. Selain itu, faktor bentuk interaksi. Interaksi antara guru dan murid-murid sangat penting kerana interaksi membawa impak kepada sekolah dan persekitaran. Jadi, untuk mendapatkan persekitaran yang ideal, interaksi yang sihat antara guru dan murid-murid perlu diutamakan bukan sahaja untuk mencapai matlamat sekolah, malah untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian persekitaran. Seterusnya, faktor peranan guru-guru. Guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai pembimbing murid-murid. Akhir sekali, faktor peranan ibu bapa serta komuniti. Seperti yang kita ketahui, ibu bapa merupakan ahli penting dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Mereka boleh menghulurkan bantuan kepada sekolah dalam keadaan tertentu. Seperti contoh, ibu bapa diberi peluang untuk bersuara dan mengutarakan pendapat dan idea ketika Majlis Mesyuarat Tahunan PIBG di mana mesyuarat ini kebiasaannya bertujuan untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid serta menjaga kebajikan murid. 

 

Terdapat beberapa faktor luaran yang mempengaruhi corak interaksi dan pembelajaran yang perlu diambil kira oleh guru-guru. Pertama sekali, faktor kelas sosial. Kelas sosial mengikut bahasa mudah untuk difahami adalah golongan kaya dan miskin. Pada era globalisasi kini, masyarakat mengambil kira akan faktor kelas sosial dalam memberi layanan yang berbeza. Di dalam masyarakat moden kini, kelas sosial dapat dibahagi kepada 4 lapisan dimana lapisan paling atas dikenali sebagai kelas sosial atas yang menempatkan golongan yang kaya. Lapisan kedua pula bagi kelas sosial menengah yang kebiasaannya terdiri dari mereka yang berpendapatan sederhana. Lapisan ketiga pula terdiri daripada golongan yang bekerja berkolar biru. Akhir sekali ialah lapisan keempat iaitu kelas bawah yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Setiap kelas ini mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang murid itu di sekolah. Sebagai contoh, kebiasaannya murid-murid yang datang dari keluarga yang kaya mempunyai jangkaan yang tertentu pada pihak sekolah. Jadi, guru-guru perlulah memahami setiap situasi dalam perbezaan kelas sosial untuk menangani masalah sedemikian. 

 

Seterusnya ialah faktor etnik. Faktor ini mempengaruhi hubungan bukan sahaja sekolah dengan masyarakat, malah di antara murid sesama mereka. Etnik yang pelbagai bermaksud terdapat pelbagai agama dan budaya yang berbeza. Jadi, ini juga mempengaruhi bentuk interaksi. Di samping itu, faktor gender. Gender dan jantina adalah dua perkara yang berbeza di mana jantina merujuk kepada jantina asal dari lahir manakala gender lebih merujuk kepada budaya dan amalan yang dipraktikkan oleh seseorang murid itu. Sebagai contoh, seseorang murid yang namanya di sijil lahir tertulis ‘binti’ yang membawa maksud anak perempuan. Namun, murid tersebut mengamalkan gaya seperti lelaki. Jadi, tugas guru ialah untuk memahami isu-isu murid kerana faktor gender ini mempengaruhi sahsiah mereka. Akhir sekali ialah faktor agama. Oleh kerana terdapat pelbagai kecelaruan tentang agama mengenai fahaman-fahaman baru, guru perlu tahu cara untuk menanganinya kerana faktor agama ini mempengaruhi corak interaksi murid-murid. 

 

Seperti yang kita ketahui, negara kita bukan sahaja mementingkan akademik, malah sahsiah juga dijadikan matlamat utama bagi mencapai hajat negara untuk berterusan maju tanpa membelakangi kepentingan akhlak dan sahsiah. Oleh itu, faktor dalaman dan luaran amat penting untuk difahami oleh guru-guru untuk menjadikan sekolah itu sebagai agen ssialisasi yang berfungsi dan berkualiti.

© 2023 by The Pop Show. Proudly created with Wix.com

bottom of page